TARIAN DABUS
Tarian Dabus merupakan tarian tradisional negeri Perak. Tarian ini dikatakan berasal dari Parsi yang dibawa oleh pedagang-pedagang yang datang ke Perak sekitar 200 tahun yang lalu. Konsep Dabus adalah bersifat kepahlawanan. Pada asalnya ianya bukanlah sejenis tarian tetapi merupakan sejenis seni mempertahankan diri. Dabus berasal dari perkataan Bugis yang membawa maksud lembing tajam. Penari dabus menggunakan besi tajam seperti anak panah atau mata kail bagi mencucuk diri mereka bertujuan untuk membuktikan kekebalan mereka.
Besi tajam dihiasi lingkaran berupa kerawang dan cincin besi. Cincin besi yang disematkan pada besi tajam digunakan sebagai alat bunyi-bunyian ketika penari mempersembahkannya. Aksi permainan dabus dikatakan mirip perlakuan masyarakat Arab Syiah ketika menyambut awal muharram pada zaman dahulu. Persembahan dabus ini diiringi alat muzik seperti gong, gendang, dan rebana.
- Antara peralatan-peralatan yang perlu disediakan
* Alat muzik seperti Gong, gendang, Rebana.
* besi tajam (anak dabus), tepung tawar, kemenyan,
- Pakaian
* Penari dabus biasanya menggunakan pakaian baju melayu yang lengkap dengan samping
sama ada lelaki mahupun perempuan.
* Ketua penari dipanggil khalifah.
Tarian dabus ini biasanya di persembahkan di kawasan lapang atau pentas. Permainan ini dimulakan dengan upacara menepung tawar alat-alatan, gelanggang, dan penari yang dilakukan oleh ketua kumpulan. Seterusnya, upacara memagar juga dilakukan oleh ketua bagi menghindari gangguan luar semasa persembahan, Ketua mestilah terdiri daripada mereka yang mempunyai ilmu batin kerana mereka bertanggungjawab terhadap penari-penari.
Penari diminta untuk menyediakan limau nipis, kain putih berukuran 5 hasta dengan kemenyan. Kemudian diserahkan kepada ketua kumpulan sebagai pengeras. pengeras ini bertujuan untuk mengekalkan kehebatan ilmu batin seseorang. Ketika persembahan bermula yang diiringi oleh zikir dan nasyid, khalifah kan merenjis air ke belakangnya diikuti upacara mengasap dabus dengan kemenyan. Tujuannya adalah untuk memastikan anak besi yang digunakan tidak melukakan penari.
Upacara mengasap dabus dikenali sebagai "menguji kesetiaan".
Selepas itu, penari memulakan tarian mereka dengan menghentakkan kaki mengikut iringan muzik. Sambil menari, mereka akan menikam bahagian tangan mereka. Acara ini berterusan sehingga ada penari yang tidak sedarkan diri atau mengalami "trance". Mereka percaya bahawa penari tersebut diresapi oleh sesuatu yang ghaib. Penari-penari yang luka akan dijampi oleh ketua untuk menghentikan darah yang mengalir keluar. Kebiasaanya tarian ini akan selesai dalam masa 30 minit.
IDENTITI DABUS
- Anak dabus adalah identiti tarian ini.
- Anak dabus juga adalah keistimewaan tarian ini.
- Selain anak dabus, penari juga gunakan senjata lain seperti keris, kapak, pisau belati
Tarian ini amat menarik untuk dipelajari dan ditonton. Pada zaman sekarang, permainan dabus telah ditukar kepada persembahan kerana unsur-unsur pemujaan dan penyembahan telah tidak digunakan lagi.
Tarian ini amat menarik untuk dipelajari dan ditonton. Pada zaman sekarang, permainan dabus telah ditukar kepada persembahan kerana unsur-unsur pemujaan dan penyembahan telah tidak digunakan lagi.
Artikel ini dipetik daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
credit to: http://tariandabus.blogspot.com
No comments:
Post a Comment